Tuesday, 14 April 2015

KPA 2015


KEM PEMANTAPAN ASAS (KPA 2015)
17~20 Februari 2015

Pada 17~20 Februari 2015 yang lepas, barisan Top MTM & Pengurusan Kolej Enam Belas telah menganjurkan program : KEM PEMANTAPAN ASAS (KPA 2015) bertempat di Melaka Tropical Fruit Farm, Melaka.

Buat pengetahuan semua, program ini telah diuruskan oleh top mtm iaitu kakak bendahari top kita, kak Farah Liyana Md. Safian. Beliau merupakan pengarah program KPA 2015 pada sesi ini.

Program bermula seawal hari Selasa, 17/2/2015 
- semua MTM sesi 2014/2015 terlibat dalam KPA 2015 bersama 2-3 orang anak buah terpilih daripada setiap sekretariat yang ada. Mereka mendaftar pada pukul 12.30 tengahari di DP2 dan dijamukan dengan makan tengahari yang cukup menyelerakan.

- aktiviti yang diadakan selepas makan tengah hari ialah LDK 1 dan LDK 2. Mereka diberi tag nama serta diagihkan kepada kumpulan mengikut tema seperti tema buah, sayur, kuih, perkakas dapur, perkakas elektronik dan lain2 lagi.

- aktiviti petang pula, ada riadah iaitu puzzle running man game! bertahanlah setiap kumpulan, sebab akan ade betrayer antara kumpulan.
membina strategi sebelum berjuang!






Hari ke-dua, Rabu 18/2/2015
- hari kedua, bermulalah perjalanan mereka ke Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF) dengan menaiki dua buah bas UPM. Perjalanan yang memakan masa hanya 1-2jam, mereka tiba di perkarangan lebih kurang 12.30 tengah hari.

- aktiviti bermula jam 2 petang di dewan serbaguna, MTFF. Aktiviti pada petang itu, diambil alih oleh pengurusan MTFF setelah taklimat ringkas dan aktivti ringkas drpd top mtm.

- aktiviti petang dimulakan dengan slot ice breaking, seterusnya slot LDK 1: Menara Straw.




Aktiviti: Menara Straw. Aktiviti ini membolehkan ahli kumpulan mencurahkan idea bagaimana untuk membina menara straw yang paling tinggi dan yang paling stabil. Belon yang diletakkan paling tinggi dan menara yang paling stabil adalah pemenangnya.





Menara Straw kumpulan biru merupakan pemenang antara kumpulan !! Setiap kumpulan yang menang diberi mata dalam bentuk nilai wang. Bendahari setiap kumpulan ditugaskan untuk mencatat jumlah mata wang kumpulan masing2.


Seterusnya, aktiviti volleyball mud game antara kumpulan diadakan !! Suasana begitu meriah dengan sorakan pasukan. Ianya merupakan suatu pengalaman yg berbeza bagi setiap ahli kerana volleyball ini dimainkan di kawasan berlumpur!

 




Malamnya,, lepas makan malam, bersiap dan bersolat jamak, kami dikehendaki berkumpul semula di dewan serbaguna untuk aktiviti yang seterusnya.

Aktiviti pada malam itu ialah, aktiviti lrt bola pingpong dan aktiviti bike racer.
Aktiviti bola ping pong, memerlukan 7 batang landai..aktiviti memerlukan penumpuan yang tinggi terhadap perkara yang dilakukan. Setiap pasukan perlu memastikan bola ping pong tidak jatuh tergelincir ke lantai dan memastikan bola ping pong selamat sampai ke garisan penamat tanpa ada halangan pada rel. 



Hanya sebiji bola saja yang perlu ada pada sebatang rel dalam satu masa. 


antara halangan yang perlu dilalui sebelum ke garisan penamat.

Seterusnya, aktiviti racer drift.



mata kelajuan setiap pasukan pada malam itu.


Khamis, 19/2/2015, hari ke-3,
- aktiviti pada hari Khamis ialah paintball game! namun sebelum itu, semua orang perlu melakukan regangan dan jogging kawasan MTFF dahulu..







- setelah aktiviti berpaint ball pada waktu pagi, mereka bersiap siaga untuk explorace MTFF pada waktu petangnya. Aktiviti explorace juga melibatkan kakak dan abang top mtm sebagai satu pasukan. 

- Explorace yang dianjurkan pihak MTFF bukan calang-calang aktiviti kerana ia melibatkan banyak aktviti yang mencabar mental dan fizikal. Antaranya checkpoint yang dianggap 'menarik' ialah:

     - checkpoint menerima juadah biskut cencaluk jika tak bernasib baik, 
     -checkpoint memindahkan anak katak, 
     -checkpoint mengeluarkan duit syiling daripada sepinggan penuh ulat roti.
     - checkpoint memberi makan burung unta
     - menghabiskan separuh tembikai yang tidak berpotong dengan hanya menggunakan tangan
     - menghabiskan lima biji telur mentah
     - menganyam 3 biji ketupat

- Setelah tamatnya aktiviti explorace, kami diberi masa hanya dua jam untuk meng'organize'kan makan malam bersempena aktviti kebudayaan pada malamnya yang hadirinnya turut melibatkan Pengurus Kolej 16, Puan Norazlin, Pengetua Kolej 16, Dr. Paiman Bawon berserta pengurusan felo-felo dan pengurusan MTFF.

- Setiap kumpulan ditugaskan untuk membuat persembahan mengikut negeri yang ditetapkan. Penganjuran makan malam diuruskan oleh ajk-ajk pelaksana yang terlibat bawah Pengurus Projek yang dilantik iaitu, Saudara Mior Isyamil dengan kerjasama semua pelajar. 

-Di sinilah, tahap kreatif & kritis seorang pemimpin itu diuji bagi menghadapi tekanan dalam memastikan program/ aktviti yang dirancangkan berjalan lancar dengan kerjasama semua ajk pelaksana.




Pengurus Projek Malam Kebudayaan kita, Saudara Isyamil.








- Setelah tamatnya malam kebudayaan, setiap peserta diberi masa untuk bersiap sedia night walk pada malam itu di kawasan MTFF. Aktiviti night walk tersebut berakhir lebih kurang jam 2 pagi lebih. 

Hari ke-4, Jumaat, 20/2/2015
- Hari terakhir mereka di MTFF, tibalah masa aktiviti senaman ringkas dan jungle trekking pada hari terakhir di kawasan MTFF.  Akhirnya, tibalah masa untuk bersiap-siap dan pulang semula ke UPM.




Akhirnya, tamatlah sudah Program KPA 2015 pada kali ini, yang pastinya semua peserta sangat enjoy dan best! Aktiviti yang dijalankan ternyata memberi impak yang sangat positif. Peserta didedahkan bagaimana untuk fokus dalam sesuatu tugasan, tegas dalam membuat keputusan, berfikiran kritis dan kreatif dalam memimpin dan bersedia menghadapi sebarang risiko.

KPA 2015 diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal MTM dan juga MTM yang sedia ada agar sentiasa bersedia, fokus dan berkepimpinan. 

Till Then, Bye!

More pictures:: FB WarnaWarni EnamBelas
Twitter: @kolej16upm
Instagram: *hashtag* #KPA2015


No comments:

Post a Comment