Wednesday 3 September 2014

Minggu Orientasi Part 1



 Assalamualaikum and Salam Sejahteraaaa~

Selamat datang ke blog KOLEJ ENAM BELAS UPM,

Tahniah untuk adik-adik, rakan-rakan baru yang berjaya ditempatkan di Universiti Putra Malaysia khususnya, yang berjaya ditempatkan di Kolej Enam Belas

Kita berjaya menyambut rakan-rakan baru pada 02 SEPTEMBER 2014, seawal 8.30 pagi pendaftaran dibuka. Pendaftaran masuk pelajar pada hari itu melibatkan dua buah kolej iaitu Kolej 14 dan Kolej 16.

Terdapat dua buah fakulti yang terlibat dalam kemasukan pelajar baru ke Kolej 16 iaitu Fakulti Pertanian dan Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi. 

Dianggarkan seramai 180 orang pelajar baru yang akan mendaftar, namun kini tinggal 105 orang perempuan dan 25 orang lelaki (tak termasuk pelajar perempuan yang keluar untuk PALAPES/ SUKSIS).

Hari Pertama Orientasi
Pendaftaran berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga ke 4.00 petang, dan diteruskan lagi dengan Majlis Bersama Pengetua selama sejam. Mereka disambut dengan ucapan Pengetua Kolej 16 iaitu Dr. Paiman Bawon. Seterusnya, taklimat SUKSIS dan PALAPES. Pada malamnya, telah diadakan Majlis Bersama TNC (HEPA) di Dewan Besar. 


No comments:

Post a Comment