Friday, 6 December 2013

Tanya?






Assalamualaikum and hello :')









Hai semua! Apa khabar semua? hiii. Apa aktiviti hujung minggu anda mahasiswa semua? Di sini kami ingin membuka peluang kepada semua untuk bertanya apaapa kekeliruan dan pertanyaan yang sudah lama tersemat dalam hati mungkin. Kami berbesar hati jika ada yang mahu berkongsi cerita juga dengan kawankawan yang lain. Mari jangan malu jangan segan. Okay selamat berhujung minggu. Psstt( bisik) minggu depan dah minggu 13, tak lama dah nak final hiii :D

Sebelum lupa, bagi sesiapa yang tidak tahu Kolej 14 ada Program Fisca. Mari ramairamai membanjiri kawasan serumpun. Ada blogger datang hari ini :) Ada jualan jugee. Jangan stress dan tensi ye. Mari tengok kenangan ini hahaha . Siapa masih ingat? Angat tangan hii. Jaga diri semua. Salam.





Wednesday, 6 November 2013

ICED16








Assalamualaikum wbt and Hello :')






Kami dari komuniti Inter College English Debate 16 (ICED16) ingin menjemput semua pelajar University Putra Malaysia khususnya untuk menghadiri Pertandingan Pusingan Kedua yang akan diadakan pada 13 November 2013 . Mari ramai-ramai ke Dewan Kuliah Akademik Pusat (DKAP) untuk menyokong Kolej dan rakan-rakan anda. Jangan risau , sebab kami menyediakan merit kepada penyokong yang hadir . Anda juga akan dapat pendedahan tentang cara-cara berdebat dengan betul dan seronok sangat hiii :) Jangan lupa ajak kawan-kawan anda ye . MARI SEMUA, ayuh !








Friday, 25 October 2013

Program pertama Sekretariat Kerohanian Kolej 16 :)







Assalamualaikum and Hello :')





kehadapan pelajar kolej 16 yang dikasihi , sihat? Alhamdulillah pada 25 Oktober hari ini telah berlangsung satu Program Interaksi Ancaman Isu Akidah oleh Ustaz Rashidy Jamil dengan jayanya di Dewan Putra 2 . Terimakasih tidak terhingga kepada semua yang menjayakan program Sekretariat Kerohanian secara langsung mahupun secara tidak langsung . Tahniah kerana ramai yang hadir , alhamdulillah . Moga ilmu dimanfaatkan :) 

Ustaz pun ada jual buku yang ditulis oleh beliau tau , rugi sangat siapa yang tak datang hmm. Tapi jangan sedih jangan emosi , lain kali Sekretariat Kerohanian akan mengadakan lebih banyak majlis ilmu untuk semua. Nanti jangan terlepas lagi ehh . Gerenti akan lebih best topiktopik akan datang. Okay selamat menyiapkan kerja sekolah . Selamat berhujung minggu . Selamat berkonvo . Selamat pergi ke bukit ekspo untuk menghabiskan duit . Selamat tidur Salam :)


pstt ; gambar akan dilampirkan kemudian kerana kte tak dapat dari cameraman hiii . tunguuuuuuuu *muncung lagiii* kbye!


Monday, 7 October 2013

Merentas Kampus katanya :)






Assalamualaikum dan Hello :)


Kami kembali dengan berita berita hangat dan tergempar . Hah ewah bunyi macam pemberita sensasi gitu hii :) Maafkan kami 'pengupdate' BLOG KOLEJ 16 yang agak sibuk untuk tidak menyebarkan berita sensasi buah mulut pelajar kolej 16 . Maafkan kami maafkan kami . Okay kte ada lagi beberapa minit sebelum hari menjadi sibuk semula . Jadi mari mulakan . Disebabkan ada dua aktiviti yang telah dijalankan dengan jayakan pada minggu ini , hmmm nak cerita yang mana satu ye? TIE16 atau LARIAN KAMPUS? tie ? lari? tie kot? hmm lari lahhh. Kami akan cerita tentang....... Larian Kampus yeeeeeeeeei ! 




hah nampak tak semangat tuu , mana kolej kita 16 ni? nak kena himpit ke? alooooooo! Ke garisan sedia ...... kbye hiii . okay . Pada 6 Oktober 2013 , Kolej 16 ye kolej kita telah menyertai larian kampus UPM bersama kehadiran pengetua kolej ,dari pagi hingga tengahari mungkin? hiii :) Terimakasih atas kerjasama yang diberikan. Seronok kan? Boleh tengok pemandangan kampus , baru awak tahu UPM besar mana? amik amik! hahahaha. Tahniah kepada yang menyertai dan memenangi pingat yang digigit oleh muuuu. TAHNIAH . maaf takde bunyi mercun , baget takde. Ada sesiapa yang nak berkongsi pengalaman? Mari cerita di sini . Kitakan serumpun , hah kan tibatiba tuu. Kte mengalu-alukan perkongsian pengalaman di sini ya . Jangan malu jangan segan jangan malas , mari mari mari . 

Sebelum mengundurkan diri dengan menyibukkan diri , kte nak lampirkan lampiran hari kejadian , tapi maaflah sikit je gambar yang sempat kte korek. Nanti ada lagi kte tampal dekat sini . Jadi rajinrajinlah menyinggah ye.. Silalah cuci mata muuuu.




Alhamdulillah beberapa orang pemenang lelaki . Ewah seronoklah tuuu. Tahniah .


Nampak tak persamaan keduadua gambar? nampak tak ? hiiii tahniah ye kamu.


yang dok gigit medal tuu , ye kamu kuat . Tahniah ! Wah hebat wah wah wah wah wah , hah macam mana lagu wah hebat tuu. lupa...



Tahniah awak senior , Mala , dapat juga tahun ni tempat pertama . Tahniah Mala! Awaklah harapan wanita , kan gituu.


Antara yang hadir . Terimakasih semua . Terimakasih pengetua hiiii :D


Salam kbye :) Jaga diri . Hah lupa . BEST WISHES FOR TEST 1 EVERYONE , hwaiting :)





Saturday, 21 September 2013

ORENtasi :D

Assalamualaikum dan selamat sejahteraaaa :D 

*Tengok hujung kanan bawah skrin laptop*

Wahhh ! Kita dah 2 minggu habis orientasi ! Alhamdulillah everything went well ~ maapkanlah akaks korang ni yang tak sempat nak update blog huhu (padahal ritu bajet nak update tiap hari, tapi apa kan dayaaa, kuasa magnetik sekitar katil lagi kuat suruh tidoq)

Anyway ~ (Cosway ~ Amway ~)

Akak berjanji insyaAllah akan update pasal minggu orientasi YEAY ! (unless akak korang ni tetiba dapat hidayah nak tidur :') nampak tak kepentingan tidur dalam hidup seorang wanita???)

Baiklah, jum kita start ! 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi kita start NEXT ENTRY ~ Muahahhahahah ! >:D 
Sementara tunggu next entry, marilah kita sama-sama menatap cebisan-cebisan memori yang diukir besama-sama di foto-foto yang sempat akak snap while I'm not on the stage holding the microphone blabbering nonsense -.- *Oh, malunya bila mengenangkan diri yang asyik membebel kat depan dulu wuwuwu

Taraa ! Hari pertama kita mengenali antara satu sama lain, dua sama tak lain, tiga terus tak sama dahhh. Eh, apa la kita merepek ni? -.- Anyhow, time ni la, kita semua tahu nama (tapi, tak ingat lagi sebab nervous gituuuwww :P



Akak Faci korang terkejut tengok camera kot :3 Hai akak Rex ~ Ampon lew kitew upload gamba awok ni muahahha !
Ni adalah masa adiks semua dekat Dewan Besar untuk angkat sumpah tu :) Dengan kitorang-kitorang angkat sumpah sekali lagi~ Macam renew lesen pule rasenye.



Riadah :)
Seriously, thank you so much kepada adiks semua. Anda semua memang hebat !  Bukan sahaja boleh untangled kan diri masa bulatan bahagia tu, malah pandai membaling bola dekat kawan juga. 
 Hebat sungguh okayy ! Hehe ! (Tengah puji ni tengah pujiiii) Dah la muka masing-masing macam tengah nak lepaskan denadam yang tersemat je masa baling bola beracun tu. Nasib baik akak tak join T.T 
*Wah hebat ! Wah wah hebat hebat ! :D




Okay, cukup-cukup sudah lah ~ Next time akak merepek lagi. Hohoho !

Hey, silalah komen entry, or shout dekat shoutbox sebelah kanan tu :) Kalau ramai-ramai berinteraksi kan best? Takde la, one way communication je~ (Okay, fione. Takde la akak rasa macam cakap dengan skrin laptop je -.-)

Any suggestions or ideas or penambahbaikan juga dialu-alukan ! ^^, 

Selamat menjadi pelajar UPM dan selamat mengaktifkan diri menjadi warga Kolej 16 !

PERHATIAN SIXTEEN ! 
-> MO MANTAI ! :)

Friday, 30 August 2013

sehari :)






Assalamualaikum dan Hello :)




Apa khabar adikadik yang bakal mendaftar hari Ahad ini? Sudah membuat persiapan akhir? Bantal busuk bawa tak? kang tertinggal susah pulek awak nak tidur . Di sini kami kakak dan abang tidak sabar menunggu ketibaan Ahad . huish bagai cacing kepanasan , penat kot tunggu kamu semua :) Hmmm SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , maaf zahir batin . Eh asal nak marahmarah ni? Sabar. Kan masih bulan Syawal. Kalau masih ada kekeliruan mahupun pertanyaan , jangan malu jangan segan jangan tak malu , silalah kemukan soalan awak di sini. InshaAllah akak akan jawab mana yang sempat . Nak skodeng blog kolej ini pun , huh penat nak curi masa. Kami berusaha di sini untuk memeriahkan Minggu Orientasi adikadik ! Seronoknya. Okay sampai di sini sahaja ye yang akak sempat taip . Ada kerja lagi nak di siapkan. Hah , lupa nak tanya. Awak setuju tak kalau akak nak buat button badges untuk korang? Jap nak upload gambar badgesnye....




cantik kan? comel kan? biasalah tengok akak lah  :) hiii. Kalau adikadik berminat dan mesti berminat , sila bawa wang RM2.50 sahaja. (wajib) . Barulah sehati sejiwa semua gituu. Semua budak kolej 16 nampak comel je bila pakai badges ni . Beli tau! Akak kutip duit waktu orientasi nanti. Jangan lupa. Jumpa nanti . kbye jaga diri . Salam :)






Wednesday, 14 August 2013

GPS menuju Kolej 16

Assalamualaikum dan salam sejahtera~ kalau jawab, thumbs up ! kalau tak jawab, sila lah jawab sekarang ! :D

Dah jawab? Yeay ! Double thumbs up ! 

Ehem ehem. Masa entry lepas, adiks (adiks untuk plural. Akak korang ni ambil Degree in Manglish Level 23-macam candy crush pulak berlevel-level hewhew :3) dah tau pasal bilik kan? Dah beli cadar, selimut, sarungbantal, comforter, toto bagai? Janganlah membazir beli benda-benda yang tidak diperlukan ye adiks semua kerana sesungguhnya membazir itu amalannnnnnnn siapaaaa? ... Yeah betul ! Membazir itu amalan syaitan maka no no bazir bazir okies? :)

Sememangnya perenggan-perenggan di atas hanyalah mukadimmah sahaja T.T marilah kita menuju ke jalan yang benar yakni tujuan entry kali ini iaitu : *tengok tajuk* GPS menuju Kolej 16 !

First thing that you should know is Kolej 16 ini adalah sebahagian daripada family Kolej Serumpun ( Serious best sebab last intake, Serumpun ada cheer sendiri :D ). Kalau order Domino's ataupun naik teksi, cakap je Kolej Serumpun, insyaAllah mereka tahu. Eh akak tak ajar korang makan Domino's setiap kali musim test/exam yang sememangnya akan mengganggu sistem pemikiran dan pencernaan okay :P

" Kolej Serumpun tu apa akak-yang-syok-sendiri-menaip-entry-ni-sambil-dengar-lagu-Ma Boy? "

Oh, Kolej Serumpun adalah gabungan kolej-kolej yang terdiri daripada K12, K14, K15 dan K16 !  

Tepuk tangan tanda terharu dapat jumpa gambar pintu keluar Kolej Serumpun ihsan Encik Google :') 

Kenapa kita ini adalah Kolej Serumpun? Sebab kita duduk berjiran aman harmoni dalam satu taman perumahan gitu :D


Apa kata klik bagi besar agar mata tu tak perlu disepetkan? :P
Haaa ! Nampak tak bahawasanya Kolej Serumpun tu semua berdekatan? :) Nanti bila dah masuk, jumpa kawan baru tanya la dia, " Kolej apa? " dia jawab, " Kita Kolej 12. Awak? " lalu adiks boleh la jawab dengan mata bersinar, " Kita Kolej 16 ! Wahhh, kita berdua adalah penghuni Kolej Serumpun~ Wahhhh !

Lalu ukhuwah terbina dengan cemerlang :') Tahniah ~

Oh ini penting !

Nanti kan, bila adiks semua dah sampai dekat Lebuh Silikon  dan masuk pintu pagar tu, TIADA signboard besar menunjukkan Kolej 16 tau. Jadi, macam mana nak tahu? Relax relax, meh akak cite meh :3

Nanti gitau mak/abah/abang/kakak/sedara/suami/isteri/mertua/driver peribadi (wahhhh :0) suruh pergi ke pintu pagar yang bertulis KOLEJ 14.

TAPITAPITAPI ! (macam tapir hehe)


Mengikut prosedur intake lepas, kereta tidak dibenarkan masuk pintu pagar KOLEJ 14 tu masa hari pendaftaran, so parking la tepi jalan nanti okay?

Dah masuk pintu pagar KOLEJ 14, jalan je terussssssss sehingga sampai parking lot besar yang ada dewan. InsyaAllah, nanti ada kakaks and abangs faci yang akan tunjuk jalan ;) 


ini je yang akak korang ni mampu buat T.T maaf la kita tak ambil Degree in Architecture huhu
TARAAA !

Tu adalah sedikit overview Kolej Serumpun. Ada lagi tapi tak cukup ruang nak lukis. Kalau akak rajin, akak buat lagi haha ! *sambil menjeling kuih raya yang asyik melambai suruh makan grrr!*

Hmmm itu je lah kot buat masa ni. Akak harap dapat la bagi gambaran jugak walau tak banyak macam limapuluhringgit, at least macam sepuluhringgitlimapuluhsen pun okay la dari kosongsen hehe !

Oh, lepas tu, akak mintamaap sebab gaya penulisan macam erkkk, haaa macam tu la ( tak sembang depan-depan lagi, konpem korang sakit jiwa muahahah ! )

Oh ! Dan alang-alang kita masih dalam bulan Syawal, maka : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :D Mari bersyukur kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan Syawal tahun ini. Alhamdulillah

All right ! Till we meet again in the next entry, insyaAllah ^^,


May peace be upon you ! 

Saturday, 27 July 2013

Ikrar !






Assalamualaikum dan Hello :)





Adikadik sesi 2013/2014 yang bakal mendaftar september ini . Apa khabar? Bagaimana Ramadhan? Persiapan Raya dah mula? Okay sebelum sibuk raya Ogos ini, kakak yang baik hati ini InshaAllah akan ceritakan dan terangkan pemakaian Sesi Angkat Sumpah di Dewan Besar :) Adikadik diwajibkan untuk memakai baju putih , berseluar/berkain hitam , berkasut hitam dan bertudung putih .







 Kakak ada lampirkan gambar untuk awak . Bagi yang gadisgadis , tak jadi masalah pun jikalau baju kurung putih awak tu ada bungabunga kecil ke , corak sikit pun tak menjadi masalah ye . Awak boleh pakai semula untuk ke kuliah baju kurung tu :) 






Ini contoh pakaian Angkat Sumpah bagi kategori lelaki  :) InshaAllah awak akan dapat hadiah tali leher UPM , awak pakai cantikcantik ye nanti !


Yang ini pula , bagi kategori gadis :) contoh pakaian untuk awak. Kalau awak boleh nampak , akak pun guna baju yang corak sebenarnya :D Yang gadis InshaAllah akan dapat hadiah selendang UPM , pakai elokelok ayuayu kay!




Okay semua dah faham tentang pemakaian untuk Sesi Angkat Sumpah nanti? Sambilsambil beli baju / kain raya , awak capailah kain putih dan hitam , lepas tu jahit sendiri hiii :) isi masa lapang lah katakan ! Jangan pula nanti orientasi , ada yang mengadu kata tak ada baju kurung putih dan kain hitam ! Akak bagi 'hadiah' kang heee ^_^  Selamat berpuasa , bersahur , bertarawih dan beribadat ! 






Lupa nak ucapkan Tahniah kepada pelajar kolej 16 yang telah menyemak keputusan semester lepas ! Walau apa pun keputusan , bersyukur dan berusaha ye . Hwaiting semua . Salam :)






Thursday, 18 July 2013

Persoalan Pertama ?





Assalamualaikum and hello :)


Adikadik ! Jumpa lagi di entry baru ini . Khas untuk adikadik yang bakal berdaftar september ini sesi 2013/2014. Sihat? bagaimana persiapan untuk ke UPM? Sudah selesai? bagus adikadik kakak ni. Okay hari ini kakak yang baik hati ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang kolej 16 . Yang pasti ramai yang nak tahu macam manalah bilik kolej 16 kan? marimari semua kakak cerita . Alhamdulillah untuk pengetahuan adikadik, kolej kita ada 3 jenis bilik . a) bilik seorang b) bilik berdua c) bilik berempat .Jadi kakak tunjukkan sedikit gambar yang ada dalam koleksi kakak okay . Harap dapat beri gambaran dengan lebih jelas untuk semua . Mari ! yuk! ayuh :)



                                                            
Mulakan dengan pintu . inilah rupa pintu bilik andaanda nanti . Cantikkan? Baru pintu kan , belum tengok di dalam . Okay seterusnya ......

                               

Buka pintu , jengjeng . Tahniah adikadik . Inilah rupanya bilik adikadik . (kalau empat orang satu billik lah ye) . Pandang ke kiri dan ke kanan ! 

                                                            

Ini ruangan depan pintu bilik awak ye . Boleh susun kasutkasut cantik kuliah awak dekat sini. Pandaipandailah guna ruang eh . Bilik ini ruangnya terhad :) Faham kan?

                                            

Ini dipanggil pembahagi / benteng . Bukan bergaduh ye adik tapi , kiri dua biji katil dan kanan dua biji katil . Ada geng gitu tapi jangan gaduh , mesraaaa :)

                                           

Pandang ke kanan , ini lah rupanya . Walaupun tak luas tapi selesa dik . Biasakan diri :)
                                    
                                    

Pandang ke kiri . Sama je dengan kanan tadi . Takdenya beza . Adil dan saksama gituuuu :)




Di hujung setiap katil , awak disediakan dengan meja study . Selesa bak hang . Pandaipandailah decorate nanti untuk naikkan semangat study awak nanti :) peace! 


 Hah macam nilah rupa nya . Hujung katil tuu ada meja untuk belajar . Ada lampu sorang satu lagi kalau awak jenis yang study tengah malam atau pagipagi . Takyah buka lampu besar , ganggu rakan lain tidur je nanti . Elok gunakan lampu meja , tak sakit mata kan :)

 

Tadaaaaaa. Katil awak . Emmmm bolehlah daripada tak ada kan. Decorate sikit lah ye awak supaya selesa. Jangan lupa bawa bantal, cadar sendiri . Maaflah tak disediakan bantal , katil jeee :)



Ini pula almari awak . Kayu je , bukan besi . Kalau ada yang rosak silalah buat aduan :) Ketinggiannya taklah tinggi sangat . Adalah setinggi lima kaki jee :) mungkin lah . 


Inilah rupanya . Di hujung sana , tepi pintu adalah almari awak! tadaaaaaa. 


Ruang di antara dua katil di setiap bahagian . InshaAllah muatmuat untuk awak menunaikan solat :) jangan risau kay.


Pembahagi antara kiri dan kanan :)


Terakhirnya , adikadik semua pandang lah ke kiri dan ke kanan . Kalau ada apaapa persoalan nak diajukan . Silalah tanya . InshaAllah kakak tolong mana yang mampu . Jumpa di lain 'entry'. Salam semua :')