Tuesday, 25 November 2014

MTM Kolej Enam Belas 2014/2015


Organisasi Majlis Tertinggi Mahasiwa Kolej Enam Belas UPM 
Sesi 2014/ 2015

Presiden : Muhammad Zul Aiman Hakiem Zaki
Timb. Presiden 1 : Noraziah Mohd Nor
Timb. Presiden 2 : Ahmad Amirul Fathan Mohd Pariza
Setiausaha 1 : Nur Athira Ain Rasidi
Setiausaha 2 : Marizatul Izzaty Mazlan
Bendahari : Farah Liyana Md. Safian

Sekretariat Akademik & Kerjaya :
1) Nur Ashiemah Abas
2) Nurul Nadhrah Ahmad Kamil

Sekretariat Sukan :
1) Mohammad Amirudin Mohammad
2) Siti Nadia Md. Yusof

Sekretariat Kerohanian & Pembangunan Sahsiah :
1) Abdul Khairul Muiz Abdul Rahman
2) Nur Huda Mohd Subari

Sekretariat Kebajikan & Keselamatan :
1) Muhammad Irfan Mokhtar Baharudin
2) Alia Khalidah Ismail

Sekretariat Rekreasi & Rakan Muda :
1) Mohammad Zakuan Mohd Fadzil
2) Nur Syafeqa Roslan

Sekretariat Penerbitan & Alumni :
1) Meor Mohamad Sollehuddin Abd Rani
2) Nur Shafiah Manirah Ismail

Sekretariat Keusahawanan :
1) Bukhari Johari
2) Fateen Syifa Nadhirah Mohamad Mazalan

Sekretariat ICT & Teknikal :
Mohamad Faiz Zil Ikram Mahmud
Nur Hasmira 

Sekretariat Kebudayaan :
1) Shahrul Amierul Mohd Zaki
2) Noor Azuar Anuar

Ketua Blok :
1) Rinzo Pagayan
2) Nurul Hidayah Suhaimie
3) Siti Atifah Khairi
4) Nurul Farhana Mohd Sani 

Tuesday, 11 November 2014

BENGKEL ETIKET DAN PROTOKOL K16

Assalamualaikum dan salam perintis keunggulan semua :)

BENGKEL ETIKET DAN PROTOKOL dengar 1st word BENGKEL ,2nd word ETIKET, 3rd word PROTOKOL perghhh ! 1st impression BOSAN ! kan. tahu sangat dah. 
Tapi orang cakap kalau tak kenal maka tak cinta. Mai nak cerita apa yang best dalam BENGKEL yang kononnya bosan ni. 

1st, Bengkel ni baru sahaja ditubuhkan oleh Kolej Enam Belas pada tahun ni. Maksudnya sebelum ni tak wujud lagi la dekat kolej enam belas. ok . clap clap for Sekretariat Akademik dan Kerjaya kerana berjaya menganjurkan bengkel ni dan atas cadangan pengurus kolej 16 juga. 

Bengkel ni dihadiri oleh ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Enam Belas dan juga pelajar seramai 50 orang sahaja dan penceramah yang dijemput adalah....... jeng jengg jenggg ! famous amous tau penceramah ni. ENCIK LUDINATA BIN MISNUN, iaitu Pegawai Tadbir , Hospital Veterinar, Universiti Putra Malaysia. haa ! dulu beliau bekerja di MARCOOM UPM, tapi sekarang dah pindah.

Secara ringkasnya, program ni bermula pada jam 8.30pagi (pendaftaran) dan bersurai pada pukul 1.00 petang. ohhh lupa bertarikh 9 November 2014(Ahad) yang lalu. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan program nie sangat sangat sangat membantu dan banyak input yang dapat kami perolehi. How to handle the program , bermula dari kertas kerja sampai la program itu berlangsung. senang cakap A to Z beliau bagi ceramah. Memang sangat bermanfaat. 

Selepas rehat pula kami diberi ceramah mengenai cara makan dengan cara protokol. haa ! ni part best. Nama pun makan kan sape yang tak suka. Right? Makan senang bagi kita. tapi cara BERPROTOKOL tuu, perghh ! mencabar sangat. Encik Ludinata hanya tunjukkan demo, paling mencabar dekat situ, cara makan, makan perlu ikut tepi mulut. TEPI TEPI TEPI ! bukan TENGAH. bila nak habis makan kan? tapi hakikatnya, ilmu berprotokol ni perlu tahu , KENAPA? sebab maybe someday kita perlu duduk semeja dengan VIP yang berpangkat, dan mungkin kita sendiri yang mendapat pangkat and we will have dinner someday, so we should learn all this things ~  

Haha. Terlalu panjang entry kali ni. Selamat membaca semua bebelan saya ni. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dikongsi bersama .

Kawan-kawan, inilah pengacara majlis kita pada hari itu, pelajar tahun pertama. Majlis juga tak akan berjalan lancar tanpa adanya ajk-ajk lain terutama sekali ajk teknikal, saudari Mastura & saudara Meor.

Ini pula merupakan dua orang penting Program Bengkel Etiket & Protokol. Saudari Shiema merupakan pengarah program dan dibantu oleh Saudari Nadhrah selaku timbalan pengarah. Jangan tak tahu, inilah program julung kali dianjurkan oleh Sekretariat Akademik & Kerjaya bagi semester ini.Tahniah!! 

Hadirin yang hadir. Peserta yang hadir dihadkan hanya 30-50orang. Peserta adalah dari kalangan barisan MTM sendiri dan sebahagian pelajar tahun pertama.

En. Ludinata Bin Misnun sedang menyampaikan ceramah beliau dengan sangat bersemangat!

Pengarah program, saudari Shiema bersama Pengetua Kolej Enam Belas, Dr. Paiman Bawon duduk di barisan vip.



Sesi praktikal turut dijalankan. Ianya memberi input yang sangat berguna!


Praktikal makan di meja makan juga penting bagi membiasakan diri dengan protokol di meja makan. Mana lah tau, dapat duduk semeja makan bersama-sama dengan vip-vip.



okayy, selesai sudah Program Etiket & Protokol. Diharapkan semua hadirin dapat input yang berguna dan beroleh kefahaman menyeluruh mengenai bagaimana sesebuah program atau majlis berprotokol itu dijalankan. Bila waktu yang sesuai untuk mohon penajaan. Cara bijak dengan memanggil vip daripada kalangan tokoh usahawan atau akademik untuk beri ucapan...dan banyak lagi info berguna!



p/s : Salam Perintis Keunggulan~