Friday, 19 December 2014

Chapter Student Ambassador Night :D


Assalamualaikum and hello Sixteeeeeen ^^ 

kini menghitung jari, sedar tak sedar kita dah masuk ke minggu empatbelas. MINGGU 14 WEHH!! Sebenarnya, terlalu banyak aktiviti dan program yang telah dijalankan semester ni. Bermula dari MTB, Majlis Perasmian SUKOL, Fesko 2014 sempena Pesta Konvo, kejohonan Sukan Kolej (yang melibatkan mtm sukan setiap kolej dan para peserta hampir setiap minggu dengan sukan yg berbeza). Tahniah untuk semua yang terlibat!

Makanya, kalini Sekretariat Penerbitan & Alumni ingin berkongsi sedikit program yg telah dijayakan Selasa malam lepas. Jemaah Sekretariat Alumni Kolej-kolej Kediaman dengan kerjasama pihak Pusat Alumni UPM telah menganjurkan....

MAJLIS PERLANTIKAN CHAPTER STUDENT AMBASSADOR 2014/2015

Majlis rasmi sebegini merupakan julung kalinya diadakan antara pihak Pusat Alumni UPM dengan Jemaah Sekretariat Alumni Kolej-kolej Kediaman. Ianya merupakan suatu ilham daripada seorang insan warga Pusat Alumni UPM yang berhasrat untuk menyatukan dan mengeratkan hubungan dengan pelajar-pelajar UPM bagi menjayakan program-program yang bakal dianjurkan oleh Pusat Alumni. Secara teoritically nya, MTM Sekretariat Penerbitan & Alumni Kolej Enam Belas yg terlibat malam itu ialah Saudara Meor Mohammad Sollehuddin dan Saudari Nur Shafiah Manirah.



Untuk pengetahuan semua, Pengerusi Jemaah Sekretariat Alumni Kolej-kolej Kediaman atau lebih dikenali dengan nama glamor President of Chapter Student Ambassador ialah Saudara Muhammad Al-Imran daripada Kolej Mohamad Rashid. ecewahhh~tenenenenett~~ 

Kolej Enam Belas menjadi AJK teknikal pada malam itu, yang betul-betul bagi suasana dan pengalaman baru pada kami. Setiap AJK adalah dari setiap kolej. Majlis rasmi ini diadakan di Dewan Sri Pulasan, Kolej Keenam, UPM. Yang pasti, kami kena betul-betul adapt dengan keadaan tempat situ sebabnya dewan tu ada bilik teknikal sendiri. Tapi, alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Kerja-kerja teknikal ni takkan berjalan lancar tanpa pertolongan partner Sekretariat Penerbitan & Alumni K16 dengan seorang ajk iaitu Amirulmukminin dan Meor.   


yeahhh, sociallize dengan mtm-mtm kolej kediaman yang lain yang turut menjadi ajk pada malam itu. senyum-senyum dan tegur sapa tu laa yang mengeratkan hubungan kita..:))



sekilas , Majlis Perlantikan CHAPTER STUDENT AMBASSADOR, penyerahan surat perlantikan kepada semua mtm Sekretariat Alumni Kolej-kolej Kediaman.


dan.. masa yang dinanti-nantikan, makan time! ihee. ade jugak persembahan tak rasmi yang dipersembahkan oleh pelajar UPM semasa aktiviti makan-makan. 

bergambar dengan mtm dari Kolej Enam Belas, Kolej Lima Belas, Kolej Keenam, dan juga Kolej Tun Perak :D



ini pula barisan mtm dari Kolej Canselor, Kolej 17, KTDI, K2 dan juga KOSASS

AJK-AJK Protokol dari Kolej Keenam.

ini pula mtm-mtm dari Kolej 14, Kolej 13, dan kolej-kolej yg lain.. 









dan..akhir sekali, kumpul ramai-ramai..dannnnn

S E N Y U U U M M M 

Sekian dulu, melaporkan program dari pihak Sekretariat Penerbitan & Alumni. Sebarang pertanyaan dan perkongsian boleh diajukan ke laman twitter kami @kolej16upm mahupun emailkan pada kami: kolej16upm@gmail.com 

SALAM PERINTIS KEUNGGULAN~



Tuesday, 25 November 2014

MTM Kolej Enam Belas 2014/2015


Organisasi Majlis Tertinggi Mahasiwa Kolej Enam Belas UPM 
Sesi 2014/ 2015

Presiden : Muhammad Zul Aiman Hakiem Zaki
Timb. Presiden 1 : Noraziah Mohd Nor
Timb. Presiden 2 : Ahmad Amirul Fathan Mohd Pariza
Setiausaha 1 : Nur Athira Ain Rasidi
Setiausaha 2 : Marizatul Izzaty Mazlan
Bendahari : Farah Liyana Md. Safian

Sekretariat Akademik & Kerjaya :
1) Nur Ashiemah Abas
2) Nurul Nadhrah Ahmad Kamil

Sekretariat Sukan :
1) Mohammad Amirudin Mohammad
2) Siti Nadia Md. Yusof

Sekretariat Kerohanian & Pembangunan Sahsiah :
1) Abdul Khairul Muiz Abdul Rahman
2) Nur Huda Mohd Subari

Sekretariat Kebajikan & Keselamatan :
1) Muhammad Irfan Mokhtar Baharudin
2) Alia Khalidah Ismail

Sekretariat Rekreasi & Rakan Muda :
1) Mohammad Zakuan Mohd Fadzil
2) Nur Syafeqa Roslan

Sekretariat Penerbitan & Alumni :
1) Meor Mohamad Sollehuddin Abd Rani
2) Nur Shafiah Manirah Ismail

Sekretariat Keusahawanan :
1) Bukhari Johari
2) Fateen Syifa Nadhirah Mohamad Mazalan

Sekretariat ICT & Teknikal :
Mohamad Faiz Zil Ikram Mahmud
Nur Hasmira 

Sekretariat Kebudayaan :
1) Shahrul Amierul Mohd Zaki
2) Noor Azuar Anuar

Ketua Blok :
1) Rinzo Pagayan
2) Nurul Hidayah Suhaimie
3) Siti Atifah Khairi
4) Nurul Farhana Mohd Sani 

Tuesday, 11 November 2014

BENGKEL ETIKET DAN PROTOKOL K16

Assalamualaikum dan salam perintis keunggulan semua :)

BENGKEL ETIKET DAN PROTOKOL dengar 1st word BENGKEL ,2nd word ETIKET, 3rd word PROTOKOL perghhh ! 1st impression BOSAN ! kan. tahu sangat dah. 
Tapi orang cakap kalau tak kenal maka tak cinta. Mai nak cerita apa yang best dalam BENGKEL yang kononnya bosan ni. 

1st, Bengkel ni baru sahaja ditubuhkan oleh Kolej Enam Belas pada tahun ni. Maksudnya sebelum ni tak wujud lagi la dekat kolej enam belas. ok . clap clap for Sekretariat Akademik dan Kerjaya kerana berjaya menganjurkan bengkel ni dan atas cadangan pengurus kolej 16 juga. 

Bengkel ni dihadiri oleh ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Enam Belas dan juga pelajar seramai 50 orang sahaja dan penceramah yang dijemput adalah....... jeng jengg jenggg ! famous amous tau penceramah ni. ENCIK LUDINATA BIN MISNUN, iaitu Pegawai Tadbir , Hospital Veterinar, Universiti Putra Malaysia. haa ! dulu beliau bekerja di MARCOOM UPM, tapi sekarang dah pindah.

Secara ringkasnya, program ni bermula pada jam 8.30pagi (pendaftaran) dan bersurai pada pukul 1.00 petang. ohhh lupa bertarikh 9 November 2014(Ahad) yang lalu. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan program nie sangat sangat sangat membantu dan banyak input yang dapat kami perolehi. How to handle the program , bermula dari kertas kerja sampai la program itu berlangsung. senang cakap A to Z beliau bagi ceramah. Memang sangat bermanfaat. 

Selepas rehat pula kami diberi ceramah mengenai cara makan dengan cara protokol. haa ! ni part best. Nama pun makan kan sape yang tak suka. Right? Makan senang bagi kita. tapi cara BERPROTOKOL tuu, perghh ! mencabar sangat. Encik Ludinata hanya tunjukkan demo, paling mencabar dekat situ, cara makan, makan perlu ikut tepi mulut. TEPI TEPI TEPI ! bukan TENGAH. bila nak habis makan kan? tapi hakikatnya, ilmu berprotokol ni perlu tahu , KENAPA? sebab maybe someday kita perlu duduk semeja dengan VIP yang berpangkat, dan mungkin kita sendiri yang mendapat pangkat and we will have dinner someday, so we should learn all this things ~  

Haha. Terlalu panjang entry kali ni. Selamat membaca semua bebelan saya ni. Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang dikongsi bersama .

Kawan-kawan, inilah pengacara majlis kita pada hari itu, pelajar tahun pertama. Majlis juga tak akan berjalan lancar tanpa adanya ajk-ajk lain terutama sekali ajk teknikal, saudari Mastura & saudara Meor.

Ini pula merupakan dua orang penting Program Bengkel Etiket & Protokol. Saudari Shiema merupakan pengarah program dan dibantu oleh Saudari Nadhrah selaku timbalan pengarah. Jangan tak tahu, inilah program julung kali dianjurkan oleh Sekretariat Akademik & Kerjaya bagi semester ini.Tahniah!! 

Hadirin yang hadir. Peserta yang hadir dihadkan hanya 30-50orang. Peserta adalah dari kalangan barisan MTM sendiri dan sebahagian pelajar tahun pertama.

En. Ludinata Bin Misnun sedang menyampaikan ceramah beliau dengan sangat bersemangat!

Pengarah program, saudari Shiema bersama Pengetua Kolej Enam Belas, Dr. Paiman Bawon duduk di barisan vip.



Sesi praktikal turut dijalankan. Ianya memberi input yang sangat berguna!


Praktikal makan di meja makan juga penting bagi membiasakan diri dengan protokol di meja makan. Mana lah tau, dapat duduk semeja makan bersama-sama dengan vip-vip.



okayy, selesai sudah Program Etiket & Protokol. Diharapkan semua hadirin dapat input yang berguna dan beroleh kefahaman menyeluruh mengenai bagaimana sesebuah program atau majlis berprotokol itu dijalankan. Bila waktu yang sesuai untuk mohon penajaan. Cara bijak dengan memanggil vip daripada kalangan tokoh usahawan atau akademik untuk beri ucapan...dan banyak lagi info berguna!



p/s : Salam Perintis Keunggulan~

Tuesday, 14 October 2014

Kayuhan Basikal @16


ASSALAMUALAIKUM WBT & SALAM SEJAHTERA.

KAYUHAN BASIKAL @16 WILL BE HELD BY THIS THURSDAY 
4.15PM IN FRONT OF SURAU SERUMPUN

COME & JOIN US! THE MORE, THE MERRIER!

#Food and merit will be provided. 
#Bicycle is limited. You are encouraged to bring along your own bicycle.






Sunday, 21 September 2014

Larian Kampus 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera~

Moshi moshi, ari ni kita berlari pulak. Yeay! jom cergaskan badan kita dengan berlari. Sambil kita berlari sambil kita mengelilingi kampus. Tengok keindahan UPM ni. Cantik kan, cantik kan. Lebih baik mengaku. :P Awal2 pagi lagi suma pelajar sudah diarahkan untuk berkumpul sebelum pergi ke padang kawad. Kat situ suma pelajar dari berlainan kolej berkumpul. 



pelajar2 perempuan dilepaskan untuk larian kampus












Ketibaan peserta2, menang atau kalah itu adat pertandingan. apa yang penting kerjasama dan semangat untuk mewakili kolej kita.
amir dan hafiz


good job u guys



our gwang soo, peace..







cian amir dah cedera, kaki dia kejang

peserta2 yang mantop.. deabak













penyokong2 dari semua kolej






penyokong2 kolej 16



penyokong2 kolej 16


















kecederaan yang dialami oleh kawan kita ni..








felo kolej 16, abang suhaimi












semoga cepat sembuh..


our cute girls






Sekarang tiba masanya untuk ronda2 tgk kolej lain pulak.. :D

kolej 12

kolej 15

kolej 17


kolej 10

kolej 13

ktdi

KC


kolej 13 
KOSASS

geng2 payung kita.. soooo sweeeetttt~ ~ ~





Masa untuk penyampaian hadiah








tempat ke-18, tahniah untuk awak... so proud.. arigatou










Masa untuk pulang. Tq for everything..




















Ok lah, setakat ni ja gambar yang ada, kalau ada gambar lagi yang nak di share bersama kawan2 sila antar ke email kolej16upm@gmail.com. Tq for watching this entry. Sehingga bertemu di lain hari k..

p/s: Kolej 16 Perintis Keunggulan