Friday, 30 August 2013

sehari :)






Assalamualaikum dan Hello :)




Apa khabar adikadik yang bakal mendaftar hari Ahad ini? Sudah membuat persiapan akhir? Bantal busuk bawa tak? kang tertinggal susah pulek awak nak tidur . Di sini kami kakak dan abang tidak sabar menunggu ketibaan Ahad . huish bagai cacing kepanasan , penat kot tunggu kamu semua :) Hmmm SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , maaf zahir batin . Eh asal nak marahmarah ni? Sabar. Kan masih bulan Syawal. Kalau masih ada kekeliruan mahupun pertanyaan , jangan malu jangan segan jangan tak malu , silalah kemukan soalan awak di sini. InshaAllah akak akan jawab mana yang sempat . Nak skodeng blog kolej ini pun , huh penat nak curi masa. Kami berusaha di sini untuk memeriahkan Minggu Orientasi adikadik ! Seronoknya. Okay sampai di sini sahaja ye yang akak sempat taip . Ada kerja lagi nak di siapkan. Hah , lupa nak tanya. Awak setuju tak kalau akak nak buat button badges untuk korang? Jap nak upload gambar badgesnye....




cantik kan? comel kan? biasalah tengok akak lah  :) hiii. Kalau adikadik berminat dan mesti berminat , sila bawa wang RM2.50 sahaja. (wajib) . Barulah sehati sejiwa semua gituu. Semua budak kolej 16 nampak comel je bila pakai badges ni . Beli tau! Akak kutip duit waktu orientasi nanti. Jangan lupa. Jumpa nanti . kbye jaga diri . Salam :)






Wednesday, 14 August 2013

GPS menuju Kolej 16

Assalamualaikum dan salam sejahtera~ kalau jawab, thumbs up ! kalau tak jawab, sila lah jawab sekarang ! :D

Dah jawab? Yeay ! Double thumbs up ! 

Ehem ehem. Masa entry lepas, adiks (adiks untuk plural. Akak korang ni ambil Degree in Manglish Level 23-macam candy crush pulak berlevel-level hewhew :3) dah tau pasal bilik kan? Dah beli cadar, selimut, sarungbantal, comforter, toto bagai? Janganlah membazir beli benda-benda yang tidak diperlukan ye adiks semua kerana sesungguhnya membazir itu amalannnnnnnn siapaaaa? ... Yeah betul ! Membazir itu amalan syaitan maka no no bazir bazir okies? :)

Sememangnya perenggan-perenggan di atas hanyalah mukadimmah sahaja T.T marilah kita menuju ke jalan yang benar yakni tujuan entry kali ini iaitu : *tengok tajuk* GPS menuju Kolej 16 !

First thing that you should know is Kolej 16 ini adalah sebahagian daripada family Kolej Serumpun ( Serious best sebab last intake, Serumpun ada cheer sendiri :D ). Kalau order Domino's ataupun naik teksi, cakap je Kolej Serumpun, insyaAllah mereka tahu. Eh akak tak ajar korang makan Domino's setiap kali musim test/exam yang sememangnya akan mengganggu sistem pemikiran dan pencernaan okay :P

" Kolej Serumpun tu apa akak-yang-syok-sendiri-menaip-entry-ni-sambil-dengar-lagu-Ma Boy? "

Oh, Kolej Serumpun adalah gabungan kolej-kolej yang terdiri daripada K12, K14, K15 dan K16 !  

Tepuk tangan tanda terharu dapat jumpa gambar pintu keluar Kolej Serumpun ihsan Encik Google :') 

Kenapa kita ini adalah Kolej Serumpun? Sebab kita duduk berjiran aman harmoni dalam satu taman perumahan gitu :D


Apa kata klik bagi besar agar mata tu tak perlu disepetkan? :P
Haaa ! Nampak tak bahawasanya Kolej Serumpun tu semua berdekatan? :) Nanti bila dah masuk, jumpa kawan baru tanya la dia, " Kolej apa? " dia jawab, " Kita Kolej 12. Awak? " lalu adiks boleh la jawab dengan mata bersinar, " Kita Kolej 16 ! Wahhh, kita berdua adalah penghuni Kolej Serumpun~ Wahhhh !

Lalu ukhuwah terbina dengan cemerlang :') Tahniah ~

Oh ini penting !

Nanti kan, bila adiks semua dah sampai dekat Lebuh Silikon  dan masuk pintu pagar tu, TIADA signboard besar menunjukkan Kolej 16 tau. Jadi, macam mana nak tahu? Relax relax, meh akak cite meh :3

Nanti gitau mak/abah/abang/kakak/sedara/suami/isteri/mertua/driver peribadi (wahhhh :0) suruh pergi ke pintu pagar yang bertulis KOLEJ 14.

TAPITAPITAPI ! (macam tapir hehe)


Mengikut prosedur intake lepas, kereta tidak dibenarkan masuk pintu pagar KOLEJ 14 tu masa hari pendaftaran, so parking la tepi jalan nanti okay?

Dah masuk pintu pagar KOLEJ 14, jalan je terussssssss sehingga sampai parking lot besar yang ada dewan. InsyaAllah, nanti ada kakaks and abangs faci yang akan tunjuk jalan ;) 


ini je yang akak korang ni mampu buat T.T maaf la kita tak ambil Degree in Architecture huhu
TARAAA !

Tu adalah sedikit overview Kolej Serumpun. Ada lagi tapi tak cukup ruang nak lukis. Kalau akak rajin, akak buat lagi haha ! *sambil menjeling kuih raya yang asyik melambai suruh makan grrr!*

Hmmm itu je lah kot buat masa ni. Akak harap dapat la bagi gambaran jugak walau tak banyak macam limapuluhringgit, at least macam sepuluhringgitlimapuluhsen pun okay la dari kosongsen hehe !

Oh, lepas tu, akak mintamaap sebab gaya penulisan macam erkkk, haaa macam tu la ( tak sembang depan-depan lagi, konpem korang sakit jiwa muahahah ! )

Oh ! Dan alang-alang kita masih dalam bulan Syawal, maka : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :D Mari bersyukur kita diberi kesempatan untuk bertemu bulan Syawal tahun ini. Alhamdulillah

All right ! Till we meet again in the next entry, insyaAllah ^^,


May peace be upon you !