Assalamualaikum dan Hello :)
Adikadik sesi 2013/2014 yang bakal mendaftar september ini . Apa khabar? Bagaimana Ramadhan? Persiapan Raya dah mula? Okay sebelum sibuk raya Ogos ini, kakak yang baik hati ini InshaAllah akan ceritakan dan terangkan pemakaian Sesi Angkat Sumpah di Dewan Besar :) Adikadik diwajibkan untuk memakai baju putih , berseluar/berkain hitam , berkasut hitam dan bertudung putih .
Kakak ada lampirkan gambar untuk awak . Bagi yang gadisgadis , tak jadi masalah pun jikalau baju kurung putih awak tu ada bungabunga kecil ke , corak sikit pun tak menjadi masalah ye . Awak boleh pakai semula untuk ke kuliah baju kurung tu :)
Ini contoh pakaian Angkat Sumpah bagi kategori lelaki :) InshaAllah awak akan dapat hadiah tali leher UPM , awak pakai cantikcantik ye nanti !
Yang ini pula , bagi kategori gadis :) contoh pakaian untuk awak. Kalau awak boleh nampak , akak pun guna baju yang corak sebenarnya :D Yang gadis InshaAllah akan dapat hadiah selendang UPM , pakai elokelok ayuayu kay!
Okay semua dah faham tentang pemakaian untuk Sesi Angkat Sumpah nanti? Sambilsambil beli baju / kain raya , awak capailah kain putih dan hitam , lepas tu jahit sendiri hiii :) isi masa lapang lah katakan ! Jangan pula nanti orientasi , ada yang mengadu kata tak ada baju kurung putih dan kain hitam ! Akak bagi 'hadiah' kang heee ^_^ Selamat berpuasa , bersahur , bertarawih dan beribadat !
Lupa nak ucapkan Tahniah kepada pelajar kolej 16 yang telah menyemak keputusan semester lepas ! Walau apa pun keputusan , bersyukur dan berusaha ye . Hwaiting semua . Salam :)